Wednesday, October 16, 2013

SENARIO MENJELANG SPM 2013

Salam semua. Sekadar perkongsian ringkas di sini. Demam peperiksaan telah  melanda dalam kalangan calon SPM 2013. Hanya tinggal lebih kurang tiga minggu sahaja lagi tarikh penting ini akan tiba. Pelbagai slot ceramah teknik menjawab dilaksanakan di peringkat sekolah demi memastikan penguasaan calon dalam subjek teras ini. Begitu juga latih tubi soalan-soalan dari negeri-negeri lain yang dikira dapat memberikan gambaran sedikit sebanyak akan tajuk-tajuk penting yang dijangka akan keluar pada tahun 2013 ini.

Moga para calon dapat mengenali kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri masing-masing agar yang kurang dapat ditambah nilai manakala yang lebih pula dapat dipertingkatkan penguasaan dari masa ke semasa. Tiada istilah terlewat selagi tarikh peperiksaan belum tiba. Berusahalah agar anda menjadi seorang calon yang penuh ilmu di dada. Bukan sekadar sebagai seorang calon yang hanya hadir mengikut jadual peperiksaan tanpa ada keinginan dan kemahuan untuk berjaya. Moga dipermudahkan segala urusan. In sha Allah segala usaha pasti akan membuahkan hasil.

Monday, March 18, 2013

 TINTA PERKENALAN

Assalamualaikum, bertemu kita buat pertama kali di ruangan ilmiah ini untuk sama-sama berkongsi ilmu. Biarpun diri masih terus mendalami dan memahami kekuatan yand ada dalam subjek Bahasa Melayu khususnya bagi peringkaat SPM ini, namun dek kerana minat dan juga semangat ingin berkongsi ilmu, maka lahirlah BLOG CIKGU INA - BAHASA MELAYU INSPIRASIKU...Sangat teruja dan tidak sabar untuk terus memperkembangkan lagi titik-titik ilmu yang ada dalam diri agar dapat memberi bimbingan dan informasi berguna khususnya bagi calon-calon SPM..insyaallah..berilah kesempatan dan ruang untuk saya menambahbaik pengisian blog ini dari masa ke semasa...amin